PROJEK 'ACUTE SYSTEM' DI NIBONG TADA MENDAHULUI JADUAL
04 May 2026 - 04 May 2026,
Acute System Nibong Tada Sibu
JBALB Sibu, MUT, Sarawak Water Sdn Bhd
PROJEK 'ACUTE SYSTEM' DI NIBONG TADA MENDAHULUI JADUAL
Seusai YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak melakukan ke beberapa projek bekalan air 'Acute System' di Sg. Sadit, Rantau Panjang serta Kanowit Fasa 2 pada sebelah pagi tadi 4 Mei 2026 (Selasa), beliau meneruskan lawatan kerja rasmi ke Projek Pembinaan 'Acute System' Nibong Tada, Bahagian Sibu.
Pelaksanaan Projek ‘Acute System’ di kawasan Nibong Tada bernilai sekitar RM12 Juta yang mula dilaksanakan pada bulan November 2025 kini menunjukkan kemajuan pembinaan yang positif apabila mendahului jadual pelaksanaan. Projek yang dijangka siap pada bulan Mei 2026 telah dirancang dengan teliti oleh Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak manakala Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sebagai agensi pelaksana bagi menambahbaik sistem bekalan air sedia ada di kawasan Nibong Tada dan kawasan sekitarnya.
Projek ini merupakan pembiayaan penuh Kerajaan Sarawak ini melibatkan pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti minimum empat (4) Juta Liter Sehari sehingga lima (5) Juta Liter Sehari.
Skop projek ini merangkumi pembinaan jeti muka sauk air serta pemasangan saluran paip baharu yang disambungkan ke tangki aras tinggi sedia ada di Nibong Tada.
Apabila projek ini siap sepenuhnya nanti, ia memberi manfaat besar kepada penduduk di kawasan sekitar Nibong Tada, Kanowit sekaligus menambahbaik sistem bekalan air di kawasan berkenaan.
JBALB Sarawak kekal komited memastikan projek-projek yang kini dalam peringkat pelaksanaan disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
For more information, please visit
here