Event

 

PROJEK 'ACUTE SYSTEM' RANTAU PANJANG DALAM FASA PEMBINAAN, SIAP NOVEMBER 2026

04 May 2026 - 04 May 2026, Acute System Rantau Panjang Sibu
JBALB Sibu, MUT, Sarawak Water Sdn Bhd
PROJEK 'ACUTE SYSTEM' RANTAU PANJANG DALAM FASA PEMBINAAN, SIAP NOVEMBER 2026

Seusai lawatan kerja rasmi YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ke projek 'Acute System' Sg. Sadit, Bahagian Sibu pada hari ini 4 Mei 2026 (Selasa), beliau meneruskan lawatan kerja rasmi yang kedua ke tapak Projek Bekalan Air 'Acute System' Rantau Panjang, Bahagian Sibu.

Projek pembinaan ‘Acute System’ di Rantau Panjang kini sedang berada dalam fasa pelaksanaan, sebagai usaha berterusan untuk menambah baik sistem bekalan air sedia ada serta menampung peningkatan permintaan di kawasan tersebut dan sekitarnya.

Projek yang bernilai sekitar RM5 juta ini, telah mula dilaksanakan pada Mac 2026 dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2026.

Skop projek tersebut merangkumi pembinaan sebuah loji rawatan air baharu berkapasiti lima (5) Juta Liter Sehari (JLH), pembinaan kemudahan jeti muka sauk air mentah serta pemasangan saluran paip baharu yang disambungkan kepada sistem agihan sedia ada.

Apabila siap nanti, projek ini akan memberi manfaat besar kepada penduduk di Rantau Panjang dan kawasan sekitar sekaligus membantu menyelesaikan isu gangguan bekalan yang sebelum ini dihadapi oleh pengguna.
For more information, please visit here