Event

 

PROJEK 'ACUTE SYSTEM' SG. SADIT TELAH BEROPERASI SEPENUHNYA, PENDUDUK DI KAWASAN DUN BAWANG ASSAN DAPAT MANFAAT BESAR

04 May 2026 - 04 May 2026, Acute System Sg. Sadit Sibu
JBALB Sibu, MUT, Sarawak Water Sdn Bhd
PROJEK 'ACUTE SYSTEM' SG. SADIT TELAH BEROPERASI SEPENUHNYA, PENDUDUK DI KAWASAN DUN BAWANG ASSAN DAPAT MANFAAT BESAR

YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah melakukan lawatan kerja rasmi ke Projek Bekalan Air 'Acute System' Sungai Sadit, Bahagian Sibu pada hari ini 4 Mei 2026 (Selasa).

Turut hadir bersama YB Menteri adalah YB Dato Sri Wong Soon Koh (ADUN N53 Bawang Assan), YBhg. Datu Jafri Lias (Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), YBrs. Tuan Haji Abang Mohamad Porkan bin Haji Abang Budiman (Residen Bahagian Sibu), Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Pengarah JBALB Sarawak), dan Puan Malseni binti Jamal (Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Water Sdn Bhd), Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah JBALB - Khidmat Teknikal), ketua kaum/ketua masyarakat di kawasan tersebut, pegawai dan kakitangan Kementerian MUT, JBALB, dan Sarawak Water yang terlibat dalam program tersebut.

Taklimat berkenaan dengan perkembangan terkini projek tersebut telah disampaikan oleh Cik Ts. Herda Haziqah binti Sekaria (Jurutera Air JBALB Bahagian Sibu) kepada YB Menteri dan seterusnya meninjau di sekitar tapak 'Acute System'.

Projek pembinaan 'Acute System' Sg. Sadit kini telah beroperasi sepenuhnya hasil komitmen berterusan Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sebagai agensi pelaksana.

Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak bernilai sekitar RM5 juta ini telah memberi manfaat besar kepada penduduk di Sg. Sadit dan kawasan sekitar DUN Bawang Assan sekaligus membantu pihak Sarawak Water dalam menyelesaikan isu bekalan air di kawasan berkenaan.

Skop projek ini melibatkan pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti empat (4) Juta Liter Sehari dan pemasangan saluran paip baharu ke paip agihan sedia ada.

JBALB Sarawak kekal komited memastikan perkhidmatan bekalan air akan terus dipertingkatkan bagi menjamin kualiti bekalan air yang lebih dan berterusan.
For more information, please visit here