Event

 

PENYELARASAN BERSEPADU PERKUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN UTILITI

27 Apr 2026 - 27 Apr 2026, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak
Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak
PENYELARASAN BERSEPADU PERKUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN UTILITI

Satu mesyuarat penyelarasan telah dipengerusikan oleh YB Dato Sri Haji Julaihi Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak melibatkan agensi utiliti utama negeri bagi membincangkan isu bekalan air dan elektrik di Sarawak.

Perbincangan memberi fokus kepada peningkatan kecekapan operasi, tindakan responsif terhadap aduan pengguna serta pengukuhan komunikasi awam.

Semua agensi komited untuk mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan memastikan setiap isu ditangani secara proaktif dan bersepadu.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Pengarah JBALB Sarawak) Tuan Haji Tamida bin Haji Da'adi (Timbalan Pengarah - Pembangunan), Encik Ts. Aaron Gorino (Timbalan Pengarah - Operasi) , Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal), dan Encik Ts. Adzahari bin Baini (Jurutera Air JBALB Bahagian Samarahan).
For more information, please visit here