Event

 

KOMITMEN JBALB DALAM MEMPERKUKUH KOMPETENSI PEGAWAI, PESERTA JBALB HADIR SEMINAR TEKNIKAL SIRI 2/2026 DI KUCHING

21 Apr 2026 - 22 Apr 2026, Raia Hotel & Convention Centre Kuching
JBALB HQ
KOMITMEN JBALB DALAM MEMPERKUKUH KOMPETENSI PEGAWAI, PESERTA JBALB HADIR SEMINAR TEKNIKAL SIRI 2/2026 DI KUCHING

Beberapa kakitangan JBALB dari pelbagai pelusuk Sarawak telah menghadiri Seminar Teknikal Siri 2/2026 yang berlangsung pada 21 hingga 22 April 2026 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre Kuching.

Seminar ini menghimpunkan pegawai-pegawai teknikal JBALB bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam aspek pengurusan sumber air, operasi bekalan air serta pengurusan projek dalam industri bekalan air.

Sepanjang seminar ini, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman seperti Puan Oon Yin Wee, Puan Ir. Ts. Qairuniza binti Roslan serta Encik Ir. Ts. Bernard Wong Shuen Yuan, merangkumi topik pengurusan sumber air, operasi bekalan air dan pengurusan projek.

Penganjuran seminar seperti ini mencerminkan komitmen berterusan JBALB dalam memperkukuh kompetensi pegawai dalam aspek kejuruteraan, menyuburkan budaya menimba ilmu serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada rakyat.
For more information, please visit here