Event

 

ZIARAH MAHABBAH, PENGARAH JBALB SANTUNI JURUTERA AIR BAHAGIAN MUKAH

16 Apr 2026 - 16 Apr 2026, Rumah Kediaman Ir Abang Ismail
JBALB HQ
ZIARAH MAHABBAH, PENGARAH JBALB SANTUNI JURUTERA AIR BAHAGIAN MUKAH

Sebagai tanda keprihatinan dan semangat kekeluargaan dalam warga JBALB Sarawak, Pengarah JBALB Sarawak, Ts. Ahmad Selihin Che Said, telah mengadakan ziarah mahabbah bagi menziarahi Ir. Abang Ismail Abang Selim, Jurutera Air JBALB Bahagian Mukah, yang kini sedang menerima rawatan kanser di Kuching.

Lawatan ini diadakan sebagai manifestasi keprihatinan pihak pengurusan tertinggi jabatan terhadap kebajikan warga kerja, di samping menyampaikan sokongan moral serta kata-kata semangat agar beliau terus tabah dan kuat dalam menghadapi ujian kesihatan yang sedang ditempuhi.

Dalam kesempatan tersebut, Pengarah turut menyampaikan doa dan harapan agar Ir. Abang Ismail diberikan kesembuhan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan rawatan, serta terus dikurniakan kekuatan dan ketabahan bersama keluarga tercinta.

Ziarah ini turut mencerminkan nilai kebersamaan, kasih sayang dan semangat “keluarga besar JBALB”, selaras dengan aspirasi kepimpinan jabatan yang sentiasa mengutamakan kebajikan serta kesejahteraan setiap warga kerja.

Semoga Ir. Abang Ismail diberikan kesembuhan sepenuhnya dan dapat kembali bersama warga JBALB dalam masa terdekat.