Event

 

KURSUS PERHUBUNGAN AWAM JBALB SARAWAK TINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM PERHUBUNGAN AWAM

15 Apr 2026 - 15 Apr 2026, Imperial Hotel Kuching
JBALB HQ
KURSUS PERHUBUNGAN AWAM JBALB SARAWAK TINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM PERHUBUNGAN AWAM

a
a


Kursus Perhubungan Awam JBALB Sarawak anjuran Cawangan Komunikasi Korporat telah diadakan buat julung kalinya selama 2 hari bermula 13 hingga 14 April 2026 bertujuan untuk memberi pendedahan pegawai dalam memperkukuh kemahiran komunikasi profesional, kecerdasan emosi, etika, serta kemahiran pengucapan awam.

Turut hadir bersama dalam menyertai kursus tersebut adalah Jurutera-Jurutera Air Bahagian JBALB serta wakil kakitangan pejabat JBALB Bahagian.

Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal) telah hadir untuk menyempurnakan majlis pembukaan program tersebut, manakala Puan Ts. Dianne Andrew Jo (Timbalan Pengarah - Pengurusan) telah hadir untuk penggulungan program tersebut.

Program ini melengkapkan peserta dengan kemahiran praktikal untuk mengurus pertanyaan, aduan, taklimat dan situasi mencabar dengan yakin, sambil mengekalkan profesionalisme dan kredibiliti organisasi.

Kursus ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh Coach Md. Ariff Azahari, seorang motivator yang tidak asing untuk penjawat awam Negeri Sarawak.

 
For more information, please visit here