KURSUS 'SPOT BILLING SYSTEM TRAINING' PERKUKUH SISTEM PENGEBILAN JBALB
08 Apr 2026 - 08 Apr 2026,
Hotel Seri Malaysia Lawas
JBALB HQ
KURSUS 'SPOT BILLING SYSTEM TRAINING' PERKUKUH SISTEM PENGEBILAN JBALB
Pelaksanaan Latihan System Roll-Out Projek Mobile Billing System anjuran Cawangan Transformasi Digital JBALB Sarawak telah diadakan pada hari ini melibatkan peserta-peserta daripada JBALB Bahagian Limbang.
Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan berkenaan 'Spot Billing' yang merupakan salah satu kaedah pengebilan dalam Sistem Pengebilan Air. Kaedah ini membolehkan bil dijana serta-merta di lokasi selepas bacaan meter air bagi sesebuah rumah/premis diambil.