Event

 

PROGRAM BUBUR LAMBUK/PEDAS, PENGARAH HARAP HUBUNGAN HARMONI RENTAS AGAMA DIKEKALKAN

12 Mar 2026 - 12 Mar 2026, JBALB HQ
JBALB HQ
PROGRAM BUBUR LAMBUK/PEDAS, PENGARAH HARAP HUBUNGAN HARMONI RENTAS AGAMA DIKEKALKAN

Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak telah merasmikan Program Bubur Lambuk/Pedas JBALB Sarawak yang diadakan di perkarangan Bangunan Ibu Pejabat JBALB hari ini.

Program yang dianjurkan sempena bulan Ramadan ini menyaksikan pengagihan bubur lambuk dan bubur pedas kepada warga kerja JBALB serta orang awam di sekitar kawasan berhampiran sebagai tanda penghargaan dan semangat kebersamaan.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan harapan agar program seumpama ini dapat terus memupuk nilai perpaduan serta mengeratkan hubungan harmoni dalam kalangan warga JBALB dan masyarakat tanpa mengira agama dan latar belakang.

Beliau turut menekankan bahawa semangat kebersamaan, saling menghormati dan keprihatinan antara satu sama lain merupakan asas penting dalam membina sebuah organisasi yang kukuh serta masyarakat yang harmoni.

Program ini turut mencerminkan komitmen JBALB Sarawak dalam memperkukuhkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan warga jabatan di samping menyantuni komuniti setempat, selari dengan semangat Ramadan yang penuh keberkatan.