Event

 

MEDIA SEBAGAI RAKAN STRATEGIK, PENGARAH JBALB HARGAI PERANAN SEBAR MAKLUMAT

10 Mar 2026 - 10 Mar 2026, Raia Hotel & Convention Centre Kuching
JBALB HQ
MEDIA SEBAGAI RAKAN STRATEGIK, PENGARAH JBALB HARGAI PERANAN SEBAR MAKLUMAT

Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan media yang sentiasa memainkan peranan penting sebagai rakan strategik dalam membantu menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada masyarakat.

Perkara tersebut dinyatakan beliau dalam satu sesi libat urus bersama rakan-rakan media semalam bertempat di Hotel Raia bersempena Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat JBALB Sarawak yang bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama serta memperkukuh saluran komunikasi antara JBALB dan pihak media.

Dalam sesi tersebut, Pengarah JBALB turut berkongsi perkembangan terkini jabatan, termasuk kemajuan beberapa projek bekalan air yang sedang dilaksanakan di seluruh Sarawak bagi memastikan rakyat terus menikmati akses bekalan air yang lebih baik, berkualiti dan mampan.

Menurut beliau, kerjasama erat antara jabatan dan pihak media amat penting dalam memastikan maklumat berkenaan projek, inisiatif serta usaha-usaha penambahbaikan perkhidmatan dapat disampaikan dengan jelas kepada orang awam.

Sehubungan itu, beliau berharap agar rakan-rakan media terus memberikan sokongan dan kerjasama dalam membantu menyalurkan maklumat yang tepat, sekali gus meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap usaha kerajaan dalam memperkasa sistem bekalan air luar bandar di Sarawak.

Sesi libat urus tersebut turut menjadi platform bagi bertukar pandangan serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara JBALB dan pengamal media demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.