JBALB MIRI SANTUNI KOMUNITI, PENGARAH JBALB PUJI USAHA MULIA
06 Mar 2026 - 06 Mar 2026,
Mega Hotel, Miri
JBALB Miri
JBALB MIRI SANTUNI KOMUNITI, PENGARAH JBALB PUJI USAHA MULIA
Yang Berusaha Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak menghadiri Program Iftar Ramadan & Solidariti Insani JBALB Bahagian Miri yang diadakan di Mega Hotel, Miri petang ini.
Program yang penuh dengan nilai kebersamaan ini menyaksikan JBALB Bahagian Miri menzahirkan keprihatinan dengan menghulurkan sumbangan kepada golongan asnaf di bawah seliaan Baitulmal, selain turut menyampaikan bantuan kepada warga kerja JBALB serta ahli keluarga mereka yang sedang berdepan masalah kesihatan.
Dalam ucapannya, beliau memuji usaha murni yang dilaksanakan oleh JBALB Bahagian Miri dalam menyantuni masyarakat serta warga kerja jabatan sendiri, selari dengan semangat Ramadan yang menggalakkan umat Islam untuk memperbanyakkan amalan kebajikan dan berkongsi rezeki.
Menurut beliau, program seperti ini bukan sahaja memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, malah mengukuhkan lagi nilai kekeluargaan dalam kalangan warga JBALB, sekali gus memupuk semangat kebersamaan dan saling menyokong antara satu sama lain.
Program tersebut turut diserikan dengan majlis tazkirah dan berbuka puasa bersama serta solat berjemaah, sekali gus menjadikan Ramadan sebagai platform untuk mempererat hubungan silaturahim dalam kalangan warga JBALB serta komuniti setempat.
For more information, please visit
here