Event

 

PENGARAH JBALB TURUN PADANG, PANTAU PENGOPERASIAN SERTA KEMAJUAN PROJEK DI LAWAS

07 Mar 2026 - 07 Mar 2026, Loji Rawatan Air Trusan, Gelugus
JBALB Limbang
PENGARAH JBALB TURUN PADANG, PANTAU PENGOPERASIAN SERTA KEMAJUAN PROJEK DI LAWAS

Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak hari ini melakukan lawatan kerja ke Daerah Lawas bagi meninjau sendiri pengoperasian kemudahan bekalan air serta memantau kemajuan projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah melawat Loji Rawatan Air Trusan bagi melihat operasi loji serta memastikan sistem rawatan air berjalan dengan baik demi menjamin bekalan air yang berkualiti kepada penduduk setempat.

Beliau turut mengunjungi Muka Sauk Gaya bagi meninjau keadaan sumber air serta kemudahan pengambilan air mentah yang menjadi antara komponen penting dalam sistem bekalan air di kawasan tersebut.

Selain itu, Pengarah JBALB juga berkesempatan memantau kemajuan projek bekalan air bagi Kampung Punang, yang merupakan antara projek penting dalam usaha kerajaan Sarawak memperluaskan liputan bekalan air bersih kepada komuniti luar bandar.

Sepanjang lawatan berkenaan, beliau telah diberikan taklimat terperinci oleh Ts. Ahmad Hafidzurrahman, Jurutera Air JBALB Bahagian Limbang, berkenaan status pengoperasian kemudahan sedia ada serta perkembangan projek yang sedang dilaksanakan.

Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan JBALB Sarawak dalam memastikan setiap projek bekalan air dilaksanakan dengan baik serta sistem pengoperasian sentiasa berada pada tahap optimum demi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
For more information, please visit here