Event

 

SESI LIBAT URUS BERSAMA JBALB LIMBANG, PENGARAH JBALB MAHU PERTINGKATKAN PERKHIDMATAN

07 Mar 2026 - 07 Mar 2026, Hotel Seri Malaysia Lawas
JBALB Limbang
SESI LIBAT URUS BERSAMA JBALB LIMBANG, PENGARAH JBALB MAHU PERTINGKATKAN PERKHIDMATAN

Sesi Libat Urus seterusnya yang kelapan bersama JBALB Bahagian Limbang telah berlangsung pada hari ini di Hotel Seri Malaysia, Lawas sebagai platform untuk memperkukuh komunikasi dua hala serta menilai tahap penyampaian perkhidmatan di peringkat bahagian.

Sesi yang dipengerusikan oleh Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak menegaskan kepentingan penambahbaikan berterusan dalam aspek operasi, respons aduan pelanggan serta kecekapan penyampaian maklumat kepada masyarakat, khususnya di kawasan yang berdepan cabaran bekalan air.

Beliau turut menggesa seluruh warga kerja JBALB Limbang agar terus memperkukuh semangat kerja berpasukan, meningkatkan profesionalisme dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap tindakan yang dilaksanakan.

Taklimat operasi dan perkembangan semasa Bahagian Sibu telah disampaikan oleh Encik Ts. Ahmad Hafidzur Rahman bin Ahmad Nidhom, Jurutera Air JBALB Bahagian Limbang merangkumi status pelaksanaan projek, isu teknikal serta langkah penambahbaikan berterusan.

JBALB Sarawak kekal komited untuk memastikan perkhidmatan bekalan air yang lebih cekap, diyakini dan berterusan demi kesejahteraan rakyat.

Turut hadir bersama Tuan Pengarah adalah Tuan Haji Tamida bin Da'adi (Timbalan Pengarah - Pembangunan), Puan Ts. Dianne Andrew Jo (Timbalan Pengarah - Pengurusan), Encik Ts. Aaron Gorino (Timbalan Pengarah - Operasi), Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah Khidmat Teknikal), Encik Zulkipli Talip (KPP - Pengurusan Sumber Manusia), dan Encik Awang Fardillah Awang Hussin (KPP Komunikasi Korporat).

Rakan JBALB Bahagian Limbang
For more information, please visit here