PROJEK 'ACUTE' MENDAHULUI JADUAL, PENDUDUK NIBONG TADA KANOWIT AKAN MENIKMATI BEKALAN AIR LEBIH BAIK
05 Mar 2026 - 05 Mar 2026,
Nibong Tada Sibu
JBALB Sibu
PROJEK 'ACUTE' MENDAHULUI JADUAL, PENDUDUK NIBONG TADA KANOWIT AKAN MENIKMATI BEKALAN AIR LEBIH BAIK
Seusai lawatan ke Projek Bekalan Air Julau (Pakej 1), Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB terus melakukan lawatan kerja beliau hari ini ke Projek ‘Acute’ Sistem di kawasan Nibong Tada.
Projek ini kini menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila mendahului jadual pelaksanaan. Projek yang telah bermula pada 7 November 2025 ini dijangka siap pada bulan Mei 2026 ini.
Apabila projek ini siap sepenuhnya nanti, ia akan membekalkan air ke seluruh kawasan Nibong Tada, Kanowit sekaligus menambahbaik sistem bekalan air di kawasan berkenaan.
Projek ini merupakan pembiayaan penuh Kerajaan Sarawak dan berfungsi sebagai solusi interim bagi meningkatkan kebolehpercayaan bekalan air sementara menunggu siapnya Projek Bekalan Air Kanowit Fasa 2 (Tahap 2)
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak kekal komited memastikan rakyat menerima perkhidmatan bekalan air yang lebih stabil, selamat dan berterusan.
Taklimat perkembangan projek ini tadi telah dibentangkan oleh Cik Ts. Herda Haziqah binti Sekaria, Jurutera Air JBALB Bahagian Sibu. Turut hadir bersama adalah Timbalan-timbalan Pengarah JBALB Sarawak.
For more information, please visit
here