LAWATAN MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK, KERAJAAN SARAWAK KOMITED TERUS USAHA TAMBAH BAIK SISTEM BEKALAN AIR DI SAMARAHAN
16 Feb 2026 - 16 Feb 2026,
Kampung Sungai Mata, Tanjung Bundong, Kota Samarahan
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak
LAWATAN MENTERI UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK, KERAJAAN SARAWAK KOMITED TERUS USAHA TAMBAH BAIK SISTEM BEKALAN AIR DI SAMARAHAN
YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi petang ini mengadakan lawatan kerja seterusnya menyempurnakan simbolik perasmian projek sistem agihan bekalan air Kampung Sungai Mata dan Tanjung Bundong, Kota Samarahan.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh infrastruktur bekalan air demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat, khususnya di kawasan Samarahan.
Turut hadir mengiringi ialah YB Datuk Liwan Lagang (Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak), YB Datuk Hjh Rubiah Wang (Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan), YB Datuk Hj Idris Buang (Timbalan Speaker DUN Sarawak merangkap ADUN Muara Tuang), Datu Jafri Lias (Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak) serta Puan Malseni Jamal (Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Water).
Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak, turut hadir sebagai tanda komitmen padu JBALB Sarawak dalam menyokong pelaksanaan projek-projek pembangunan bekalan air serta memastikan perkhidmatan yang lebih mampan dan diyakini rakyat.
Kerajaan Sarawak akan terus mempergiat usaha menaik taraf sistem agihan air agar manfaatnya dapat dirasai secara menyeluruh oleh komuniti setempat.