Event

 

JBALB DAN TVS BERKOLABORASI, PERKUKUH PENYAMPAIAN MAKLUMAT KEPADA RAKYAT

12 Feb 2026 - 12 Feb 2026, TVS
JBALB HQ
JBALB DAN TVS BERKOLABORASI, PERKUKUH PENYAMPAIAN MAKLUMAT KEPADA RAKYAT

Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak telah mengadakan lawatan rasmi serta sesi perbincangan bersama pihak TVS bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam aspek penyampaian maklumat berkaitan perkhidmatan dan pembangunan bekalan air di Sarawak.

Delegasi TVS telah diketuai oleh Hj. Sardon Bin Zainal, Ketua Pegawai Media, yang menyambut baik inisiatif kolaborasi ini sebagai satu platform penting untuk memastikan maklumat yang tepat, sahih dan pantas dapat disalurkan kepada rakyat.

Perbincangan turut memfokuskan kepada usaha memperluas liputan informasi mengenai projek pembangunan, operasi bekalan air, respons terhadap isu semasa serta program-program libat urus JBALB agar masyarakat mendapat gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh mengenai komitmen jabatan.

Kerjasama ini mencerminkan iltizam JBALB Sarawak untuk terus meningkatkan ketelusan, membina kepercayaan serta memastikan rakyat sentiasa dimaklumkan dengan perkembangan terkini berkaitan perkhidmatan bekalan air.

JBALB Sarawak komited untuk terus mendekati rakyat melalui medium komunikasi yang berkesan dan diyakini.
For more information, please visit here