KEPENTINGAN KOMUNIKASI KORPORAT, JBALB BERKONGSI PENGALAMAN BERSAMA DID
11 Feb 2026 - 11 Feb 2026,
JBALB Command Centre
JPS JBALB
KEPENTINGAN KOMUNIKASI KORPORAT, JBALB BERKONGSI PENGALAMAN BERSAMA DID
Cawangan Komunikasi Korporat Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak hari ini menerima kunjungan daripada beberapa pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID) yang diketuai oleh Puan Rowena Mildred anak Jose.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian pengalaman serta amalan terbaik dalam pengurusan komunikasi korporat, khususnya dalam aspek pengendalian media sosial dan penyampaian maklumat kepada masyarakat.
Dalam sesi perkongsian tersebut, Encik Awang Fardillah Awang Hussin selaku Ketua Penolong Pengarah Komunikasi Korporat JBALB Sarawak telah menghuraikan pendekatan strategik yang dilaksanakan JBALB dalam:
1. Merancang kandungan media sosial yang konsisten, jelas dan berfakta
2. Menangani isu serta krisis komunikasi dengan pantas dan berhemah
3. Memastikan maklumat teknikal diterjemah dalam bahasa yang mudah difahami rakyat
4. Membina kepercayaan masyarakat melalui komunikasi yang telus dan berintegriti
Beliau turut menekankan bahawa komunikasi korporat bukan sekadar penyebaran maklumat, tetapi merupakan jambatan kepercayaan antara organisasi dan masyarakat.
Pendekatan yang proaktif, responsif serta mesra pelanggan menjadi tunjang dalam memperkukuh imej dan reputasi jabatan.
Sesi ini turut membuka ruang perbincangan dua hala dalam memperkasa jaringan kerjasama antara agensi, sekali gus memperkukuhkan peranan komunikasi sebagai elemen penting dalam penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efektif.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat bersama dalam mempertingkatkan mutu komunikasi dan perkhidmatan kepada rakyat.