PERTINGKATKAN KOMUNITI BERSAMA MASYARAKAT, PENGARAH JBALB PERINGATKAN KEPADA JURUTERA AIR BAHAGIAN
11 Feb 2026 - 11 Feb 2026,
JBALB Command Centre
JBALB HQ
PERTINGKATKAN KOMUNITI BERSAMA MASYARAKAT, PENGARAH JBALB PERINGATKAN KEPADA JURUTERA AIR BAHAGIAN
Sesi perjumpaan Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak bersama Jurutera Air JBALB Bahagian telah diadakan pagi ini anjuran Cawangan Komunikasi Korporat.
Dalam sesi tersebut, beliau menegaskan bahawa aspek komunikasi bersama masyarakat perlu terus dipertingkatkan selaras dengan komitmen jabatan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Menurut beliau, Jurutera Air Bahagian bukan sahaja berperanan dalam aspek teknikal dan operasi, malah menjadi barisan hadapan (frontliners) jabatan apabila berhadapan dengan isu bekalan air di lapangan.
Justeru, pendekatan komunikasi yang jelas, tepat dan berkesan amat penting dalam memastikan keyakinan masyarakat terhadap JBALB sentiasa terpelihara.
Antara penekanan utama yang digariskan:
1. Sesi libat urus bersama masyarakat perlu diperkasakan – turun padang, mendengar sendiri keluhan dan maklum balas rakyat
2. Penyampaian maklumat mesti tepat dan pantas – elakkan kekeliruan serta spekulasi yang boleh menjejaskan imej jabatan
3. Layanan mesti mesra dan profesional – setiap aduan dan pertanyaan perlu ditangani dengan empati serta sikap terbuka
Beliau turut mengingatkan bahawa setiap tindakan dan respons yang diberikan di peringkat bahagian mencerminkan keseluruhan imej jabatan.
Kepercayaan rakyat bukan sahaja dibina melalui projek pembangunan, tetapi juga melalui komunikasi yang telus dan berintegriti.
Sesi ini diharap dapat memperkukuhkan lagi sinergi antara pengurusan tertinggi dan pasukan teknikal di bahagian dalam memastikan perkhidmatan bekalan air luar bandar terus diyakini dan dihargai masyarakat.