MAJLIS AMANAT MENTERI 2026, AGENSI DI BAWAAH KEMENTERIAN DIPOHON PERKUKUH PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT
09 Feb 2026 - 09 Feb 2026,
Imperial Hotel Kuching
Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak
MAJLIS AMANAT MENTERI 2026, AGENSI DI BAWAAH KEMENTERIAN DIPOHON PERKUKUH PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT
Majlis Amanat bersama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, telah berlangsung dengan penuh bermakna hari ini bertempat di Hotel Imperial Kuching.
Dalam amanat beliau, YB Menteri menegaskan keperluan semua agensi di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak untuk terus mempertingkatkan tahap kecekapan, memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan serta mengamalkan budaya kerja berintegriti demi memastikan keperluan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
Penekanan turut diberikan kepada aspek tadbir urus yang baik, kerjasama strategik antara agensi serta keupayaan menyesuaikan perkhidmatan dengan keperluan semasa dan masa hadapan.
Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak turut hadir bersama 15 org barisan pengurusan tertinggi JBALB Sarawak sekaligus mencerminkan komitmen berterusan JBALB Sarawak dalam menyokong aspirasi kementerian serta memastikan perkhidmatan bekalan air luar bandar terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat Sarawak.
Majlis ini turut diserikan dengan pelancaran MUT Annual Plan 2026, yang menjadi dokumen strategik penting dalam menggariskan hala tuju, perancangan serta keutamaan kementerian dan agensi pelaksana bagi tahun 2026.
Pelan ini diharap dapat menjadi panduan bersepadu dalam memperkukuh pelaksanaan dasar, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta menyokong agenda pembangunan Kerajaan Sarawak secara menyeluruh.
Selain itu, sesi penyerahan dokumen MUT Annual Plan 2026 turut diadakan sebagai simbol komitmen dan akauntabiliti semua agensi di bawah kementerian dalam melaksanakan perancangan yang telah digariskan secara tersusun, berfokus dan berimpak tinggi kepada rakyat.