SESI LIBAT URUS BERSAMA JBALB KUCHING, PENGARAH JBALB MAHU PERTINGKATKAN PERKHIDMATAN
06 Feb 2026 - 06 Feb 2026,
JBALB Kuching
JBALB Kuching
SESI LIBAT URUS BERSAMA JBALB KUCHING, PENGARAH JBALB MAHU PERTINGKATKAN PERKHIDMATAN
Siri jelajah ketiga sesi libat urus bersama Pengarah JBALB Sarawak bersama JBALB Bahagian Kuching telah berlangsung dengan fokus utama memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta mempertingkatkan kecekapan operasi di peringkat bahagian.
Sesi ini dipengerusikan oleh Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak, sebagai wadah perkongsian hala tuju jabatan, mendengar pandangan warga kerja serta meneliti cabaran dan keperluan semasa di lapangan demi memastikan perkhidmatan bekalan air yang lebih berkesan kepada rakyat.
Turut hadir dalam sesi ini ialah Ts. Dianne Andrew Jo (Timbalan Pengarah Pengurusan), Ts. Aaron Gorino (Timbalan Pengarah Operasi), Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah Khidmat Teknikal) dan Tuan Haji Tamida Da’adi (Timbalan Pengarah Pembangunan).
Taklimat operasi dan perkembangan semasa Bahagian Kuching telah disampaikan oleh Ir. Ts. Awang Muhammad Ayahtullah Awang Najeri, Jurutera Air JBALB Bahagian Kuching, merangkumi status pelaksanaan projek, isu teknikal serta langkah penambahbaikan berterusan.
JBALB Sarawak kekal komited untuk memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.