YB DUN JEPAK KUNJUNGI PENGARAH JBALB, BINCANG USAHA TAMBAH BAIK SISTEM BEKALAN AIR
05 Feb 2026 - 05 Feb 2026,
JBALB HQ
ADUN JEPAK
YB DUN JEPAK KUNJUNGI PENGARAH JBALB, BINCANG USAHA TAMBAH BAIK SISTEM BEKALAN AIR
Yang Berusaha Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak hari ini menerima kunjungan hormat daripada Yang Berhormat Encik Iskandar Turkee, Ahli Dewan Undangan Negeri N.67 Jepak bagi membincangkan isu serta keperluan penambahbaikan sistem bekalan air di kawasan DUN Jepak.
Pertemuan ini memberi fokus kepada status semasa bekalan air, cabaran di lapangan serta perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan penyampaian perkhidmatan bekalan air yang lebih stabil, efisien dan mampan kepada rakyat di kawasan DUN berkenaan.
JBALB Sarawak sentiasa komited untuk bekerjasama erat dengan wakil rakyat dan semua pihak berkepentingan dalam usaha memperkukuh infrastruktur serta meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air, khususnya di kawasan luar bandar.
Turut bersama dalam sesi perbincangan tersebut adalah Tuan Haji Tamida Da'adi, Timbalan Pengarah (Pembangunan) JBALB Sarawak serta pegawai-pegawai yang terlibat termasuk Encik Lai Kien Hong, Jurutera Air JBALB Bahagian Bintulu.