Event

 

JBALB SARAWAK AKAN MEMBERI SOKONGAN PENUH KEPADA PENGANJURAN IWA WWCE 2028

26 Jan 2026 - 26 Jan 2026, JBALB HQ
Malaysia Water Association
JBALB SARAWAK AKAN MEMBERI SOKONGAN PENUH KEPADA PENGANJURAN IWA WWCE 2028

s
w


Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB Sarawak) akan memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran International Water Association World Water Congress & Exhibition (IWA WWCE) 2028 yang bakal berlangsung di Kuching.

Komitmen tersebut dizahirkan menerusi kunjungan hormat oleh Yang Berusaha Dr. Ir. Hj. Mohmad Asari bin Daud, Pengerusi Penganjuran IWA WWCE 2028, kepada Yang Berusaha Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak pagi ini bagi membincangkan kerjasama strategik serta peranan JBALB Sarawak dalam menjayakan penganjuran persidangan air bertaraf antarabangsa tersebut.

JBALB Sarawak menyambut baik inisiatif penganjuran IWA WWCE 2028 yang dilihat sebagai platform penting untuk perkongsian ilmu, teknologi dan amalan terbaik dalam pengurusan sumber air, di samping memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab perbincangan global dalam sektor air dan kelestarian.

Penganjuran ini juga selari dengan aspirasi Kerajaan Sarawak dalam memperkasa sektor bekalan air luar bandar serta menyokong agenda pembangunan mampan negeri.