SIASATAN DI LAPANGAN, BEBERAPA PUNCA TELAH DIKENALPASTI DI SRI AMAN
25 Jan 2026 - 25 Jan 2026,
Stumbin, Sri Aman
JBALB Sri Aman
(MAKLUMAN TERKINI)
SIASATAN DI LAPANGAN, BEBERAPA PUNCA TELAH DIKENALPASTI DI SRI AMAN
Kepada para pengguna yang kami hormati di kawasan Stumbin/Bijat, Bahagian Sri Aman,
Setelah siasatan di lapangan oleh pasukan teknikal Ibu Pejabat yang diketuai oleh Tuan Pengarah JBALB Sarawak bersama JBALB Bahagian Sri Aman dan Betong sepanjang hari ini, beberapa punca kepada isu gangguan bekalan air telah dikenalpasti.
Pihak JBALB Bahagian Sri Aman kini dalam proses untuk 'build up pressure' air serta memantau keadaan sepanjang saluran paip ke kawasan berkenaan.
Sementara itu, pihak kami telah menyediakan 'Centralized Water Collection Centre' di kawasan-kawasan berikut bagi memudahkan para pengguna mendapatkan bekalan air bersih.
1. Kampung Melayu Baur, Tg. Bijat
2. SK Tanjung Bijat
3. Kpg Pangkat (Kawasan Surau)
4. Kpg Hilir Stumbin (Kawasan Masjid)
5. Kpg Melayu Tg Bijat (Kwasan Masjid)
6. Kampung Skirau Tengah, Tg. Bijat.
Penghantaran bekalan air menggunakan lori tanker turut dilakukan sehingga isu bekalan air ini diselesaikan.
JBALB Bahagian Kuching, Sarikei, Sibu dan Bintulu juga turut sama-sama membantu bagi membuat penghantaran bekalan air ke kawasan terjejas
Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai segala kerjasama dari para pengguna.
Sila hubungi JBALB Call Centre di Talian 082-262211 bagi sebarang aduan dan pertanyaan.
Segala perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui laman FB JBALB Sarawak dan FB Rakan JBALB Bahagian Sri Aman.
Rakan JBALB Bahagian Sri Aman