Event

 

PASUKAN TEKNIKAL TINGKAT USAHA CARI SOLUSI ISU BEKALAN AIR DI BEBERAPA KAWASAN DI SRI AMAN

25 Jan 2026 - 25 Jan 2026, Stumbin, Sri Aman
JBALB Sri Aman
PASUKAN TEKNIKAL TINGKAT USAHA CARI SOLUSI ISU BEKALAN AIR DI BEBERAPA KAWASAN DI SRI AMAN

Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak hari ini turun ke lapangan bagi membantu pasukan teknikal JBALB Bahagian Sri Aman bagi mencari langkah terbaik menyelesaikan isu bekalan air di kawasan Stumbin/Bijat di Bahagian Sri Aman.

Beliau telah diberikan taklimat oleh Encik Amirul Abidurrahman Jauzi bin Suhaili, Jurutera Air JBALB Bahagian Sri Aman berkenaan perkembangan terkini usaha yang dilakukan oleh pihak bahagian.

Beliau seterusnya meninjau di beberapa kawasan bagi membuat penilain keadaan bekalan air serta menilai beberapa kemungkinan punca kepada isu bekalan air tersebut.

Tuan Haji Tamida bin Da'adi (Timbalan Pengarah - Pembangunan) dan Ts. Aaron Gorino (Ketua Penolong Pengarah - Pengagihan) turut hadir bersama Tuan Pengarah hari ini.

Sementara itu, beberapa ‘Centralized Water Collection Centre’ telah diwujudkan di kawasan yang terjejas bermula semalam bagi memudahkan para pengguna mendapatkan bekalan air bersih.

JBALB Bahagian Kuching, Betong, Sibu dan Bintulu turut sama membantu dalam membuat penghantaran bekalan air ke kawasan terjejas.

Sila hubungi JBALB Call Centre di talian 082-262211 bagi sebarang aduan dan pertanyaan.