Event

 

SESI PEMBENTANGAN DAN SEMAKAN BAJET PROJEK RMK-13 JABATAN BEKALAN AIR

22 Jan 2026 - 22 Jan 2026, Jabatan Bekalan Air, Putrajaya
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia
SESI PEMBENTANGAN DAN SEMAKAN BAJET PROJEK RMK-13 JABATAN BEKALAN AIR

Yang Berusaha Tuan Ts. Ahmad Selihin bin Che Said, Pengarah JBALB Sarawak telah menghadiri satu sesi pembentangan dan semakan bajet projek/program pembangunan RP2 RMK-13 Jabatan Bekalan Air bagi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya hari ini tadi.

Sesi yang diadakan ini amat signifikan untuk pihak JBALB memohon pertimbangan kelulusan dari pihak PETRA dan KKDW bagi pelaksanaan projek bekalan air di bawah RMK-13.

Turut bersama Tuan Pengarah adalah Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal), Puan Ts. Dianne Andrew Jo (Ketua Penolong Pengarah - Perancangan Korporat) serta wakil-wakil dari Unit Perancangan Ekonomi Sarawak, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi dan Sarawak Water Sdn. Bhd.