Event

 

DATU IR. TS. AWG MOHAMMAD FADILLAH TINGGALKAN LEGASI YANG MEMBANGGAKAN UNTUK JBALB SARAWAK

14 Jan 2026 - 14 Jan 2026, JBALB HQ
JBALB HQ
DATU IR. TS. AWG MOHAMMAD FADILLAH TINGGALKAN LEGASI YANG MEMBANGGAKAN UNTUK JBALB SARAWAK

Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Pengarah JBALB Sarawak petang ini tadi daripada Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan kepada Tuan Ts. Ahmad Selihin Che Said menjadi detik penuh simbolik dalam perjalanan jabatan, apabila JBALB Sarawak menzahirkan penghargaan tertinggi kepada Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan atas kepimpinan cemerlang dan sumbangan besar beliau sepanjang menerajui jabatan ini.

Di bawah kepimpinan beliau, JBALB Sarawak menyaksikan pelbagai pembaharuan dan pencapaian yang benar-benar membawa impak, daripada pengukuhan tadbir urus perkhidmatan, pelaksanaan projek strategik bekalan air luar bandar, hinggalah kepada pembentukan budaya kerja yang lebih profesional, berintegriti dan berorientasikan rakyat.

Legasi yang ditinggalkan oleh Datu Pengarah bukan sekadar terakam pada projek dan angka, tetapi terserlah melalui semangat kebersamaan yang beliau pupuk serta komitmen beliau dalam memastikan setiap inisiatif JBALB memberi manfaat sebenar kepada komuniti luar bandar.
Kepimpinan beliau menjadi inspirasi kepada seluruh warga JBALB untuk terus maju dengan lebih yakin dan berdaya saing.

JBALB Sarawak merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YBhg. Datu atas segala jasa, bimbingan dan dedikasi yang dicurahkan. Semoga perjalanan karier beliau selepas ini terus dipermudahkan dan diberkati.