KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK HARGAI SUMBANGAN BESAR PENGARAH JBALB SARAWAK
14 Jan 2026 - 14 Jan 2026,
LCDA Tower
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak
KEMENTERIAN UTILITI DAN TELEKOMUNIKASI SARAWAK HARGAI SUMBANGAN BESAR PENGARAH JBALB SARAWAK
Tengahari ini tadi telah diadakan Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Pengarah JBALB Sarawak oleh pihak Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak di Bilik Mesyuarat Tingkat 8, Menara LCDA yang turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Datu Jafri Lias, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.
Di dalam ucapannya, Yang Berbahagia Datu yang turut mewakili Yang Berhormat Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak amat menghargai sumbangan besar Datu Pengarah JBALB Sarawak sepanjang dua tahun beliau mengemudi JBALB Sarawak.
Beliau juga mengharapkan Pengarah JBALB Sarawak yang baharu akan terus menyambung legasi kepimpinan yang cemerlang