PERALIHAN KEPIMPINAN, JBALB AKAN TERUS KOMITED MENAMBAH BAIK PERKHIDMATAN BEKALAN AIR
14 Jan 2026 - 14 Jan 2026,
JBALB Command Centre
JBALB HQ
PERALIHAN KEPIMPINAN, JBALB AKAN TERUS KOMITED MENAMBAH BAIK PERKHIDMATAN BEKALAN AIR
Peralihan kepimpinan bukan sekadar perubahan tampuk pengurusan, tetapi satu kesinambungan dalam usaha memperkukuh perkhidmatan bekalan air untuk rakyat Sarawak.
JBALB Sarawak tetap teguh dengan visi dan amanah, terus memacu transformasi, meningkatkan kecekapan operasi, serta memastikan setiap inisiatif pembangunan bekalan air diteruskan dengan penuh integriti dan profesionalisme.
Legasi kepimpinan yang berwibawa oleh Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, in Shaa Allah akan diteruskan oleh Yang Berusaha Ts. Ahmad Selihin Che Said., Timbalan Pengarah (Operasi) berkuatkuasa 15 Januari 2025.
Selamat datang juga diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Hj. Tamida bin Da'adi, Timbalan Pengarah yang baharu ke dalam pasukan JBALB Sarawak.