Event

 

PENGARAH JBALB SERU JBALB SERIAN UNTUK TERUS PERTINGKATKAN PERKHIDMATAN BEKALAN AIR

12 Jan 2026 - 12 Jan 2026, The Waterfront Hotel Kuching
JBALB Serian
PENGARAH JBALB SERU JBALB SERIAN UNTUK TERUS PERTINGKATKAN PERKHIDMATAN BEKALAN AIR

Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan menyeru JBALB Bahagian Serian untuk terus memperkasakan dan mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air kepada masyarakat di Bahagian Serian semasa menghadiri Majlis Apresiasi JBALB Bahagian Serian tahun 2025 pada 12 Januari 2026 (Isnin).

Datu Pengarah JBALB turut menghargai dan mengiktiraf sumbangan besar warga kerja JBALB Serian di atas komitmen dan dedikasi yang telah diberikan sepanjang tahun 2025.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan-Timbalan Pengarah JBALB Sarawak, Barisan Ketua-ketua Penolong Pengarah, dan Ir. Ts. Qairuzina binti Roslan, Jurutera Air JBALB Bahagian Serian.