JBALB SARAWAK KOMITED UNTUK MENCAPAI PENSIJILAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2015
12 Jan 2026 - 12 Jan 2026,
JBALB HQ
JBALB Quality Management
JBALB SARAWAK KOMITED UNTUK MENCAPAI PENSIJILAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2015
Pada hari ini tadi telah diadakan satu sesi pelantikan Niosh Ceritification Sdn. Bhd sebagai badan pensijilan bagi pihak JBALB Sarawak melaksanakan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 yang dihadiri oleh Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak.
Pelantikan NIOSH ini menunjukkan bahawa JBALB Sarawak amat komited bagi memastikan sistem pengurusan organisasi:
1. Mematuhi keperluan standard ISO 9001:2015
2. Dilaksanakan secara konsisten, berkesan dan terdokumen
3. Meningkatkan kecekapan proses kerja dan penyampaian perkhidmatan
4. Memperkukuh budaya penambahbaikan berterusan serta kepuasan pelanggan
Turut hadir bersama pada sesi ini tadi ialah Encik Ir. Ts. Tie Tung Ing (Pengurus Kualiti), dan Puan Ir. Ts. Gs. Gracie Chong Shih Chin (Ketua Penolong Pengarah - Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan).