LOJI RAWATAN AIR PUNCAK BORNEO (ACUTE) BAKAL BEROPERASI SEPENUHNYA
07 Jan 2026 - 07 Jan 2026,
Loji Rawatan Air Puncak Borneo
JBALB Kuching
LOJI RAWATAN AIR PUNCAK BORNEO (ACUTE) BAKAL BEROPERASI SEPENUHNYA
Hari ini tadi Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak telah melakukan lawatan dan tinjauan terakhir ke Projek Sistem Acute Puncak Borneo yang kini telah siap dilaksanakan dan bersedia untuk beroperasi sepenuhnya.
Projek berkapasiti 6 Juta Liter Sehari ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak dan akan mula beroperasi pada 8 Januari 2026 (Khamis).
Ia bakal memberi manfaat besar kepada penduduk Puncak Borneo dan kawasan sekitar. Dengan siapnya projek ini, pihak JBALB Sarawak mengharapkan isu bekalan air di kawasan tersebut dapat diselesaikan.
Turut bersama dalam lawatan dan tinjauan ini ialah Ir. Ts. Awang Mohammad Ayahtullah bin Awang Najeri, Jurutera Air JBALB Bahagian Kuching.