Event

 

PENGARAH JBALB SERU JBALB SAMARAHAN UNTUK TERUS PERTINGKATKAN PERKHIDMATAN BEKALAN AIR

06 Jan 2026 - 06 Jan 2026, The Waterfront Hotel Kuching
JBALB Samarahan
PENGARAH JBALB SERU JBALB SAMARAHAN UNTUK TERUS PERTINGKATKAN PERKHIDMATAN BEKALAN AIR

Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak menyeru JBALB Bahagian Samarahan untuk terus memperkasakan dan mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air kepada masyarakat di Bahagian Samarahan semasa menghadiri Majlis Apresiasi JBALB Bahagian Samarahan tahun 2025 pada petang ini tadi.

Datu Pengarah JBALB turut menghargai dan mengiktiraf sumbangan besar warga kerja JBALB Samarahan di atas komitmen dan dedikasi yang telah diberikan sepanjang tahun 2025.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan-Timbalan Pengarah JBALB Sarawak, Barisan Ketua-ketua Penolong Pengarah, dan Ts. Adzahari bin Baini, Jurutera Air JBALB Bahagian Samarahan.