ANGKAT KESAMAAN, RAIKAN PERBEZAAN- ZAHIRKAN KESATUAN WARGA KERJA JBALB SARAWAK
22 Dec 2025 - 22 Dec 2025,
JBALB HQ
JBALB HQ
ANGKAT KESAMAAN, RAIKAN PERBEZAAN- ZAHIRKAN KESATUAN WARGA KERJA JBALB SARAWAK
Majlis Sambutan Pra-Hari Natal dan Tahun Baharu yang berlangsung di Ibu Pejabat JBALB Sarawak diraikan dalam suasana sederhana namun penuh makna. Majlis ini menjadi ruang kebersamaan untuk seluruh warga kerja berkumpul, berinteraksi dan mengukuhkan hubungan silaturahim merentas sektor serta latar belakang.
Kehadiran Yang Berbahagia Datu Pengarah JBALB Sarawak walaupun beliau bercuti telah menyuntik semangat dan mencerminkan sokongan kepimpinan terhadap usaha memupuk budaya kerja yang inklusif dan harmoni.
Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa kekuatan organisasi terletak pada kesatuan warga kerjanya di mana perbezaan diraikan sebagai keunikan, dan persamaan dijadikan asas untuk bergerak seiring mencapai matlamat bersama.
Menariknya, majlis ini turut diserikan dengan penyediaan makanan secara potluck oleh setiap sektor. Setiap hidangan bukan sekadar juadah, malah simbol kerjasama, perkongsian dan rasa tanggungjawab bersama.
Melalui konsep ini, semangat kekitaan terserlah apabila semua pihak menyumbang mengikut kemampuan, seterusnya mewujudkan suasana mesra dan saling menghargai.
Secara keseluruhan, sambutan ini bukan sahaja menandakan penutup tahun yang bermakna, malah menjadi titik tolak untuk memasuki tahun baharu dengan semangat perpaduan, saling menghormati dan komitmen yang lebih kukuh dalam memperkukuh perkhidmatan JBALB kepada rakyat.