Event

 

PROJEK 'ENGKILILI REGIONAL WTP' BAKAL JADI LOJI RAWATAN AIR UTAMA DI BAHAGIAN SRI AMAN

20 Dec 2025 - 20 Dec 2025, Loji Rawatan Air Engkilili
JBALB Sri Aman
PROJEK 'ENGKILILI REGIONAL WTP' BAKAL JADI LOJI RAWATAN AIR UTAMA DI BAHAGIAN SRI AMAN

Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak meneruskan agenda beliau berada di Bahagian Sri Aman pada petang tadi, 20 Disember 2025 (Sabtu) dengan melakukan lawatan kerja ke tapak Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Engkilili yang baharu.

Projek yang berimpak tinggi ini apabila siap nanti bakal menjadi loji utama di Bahagian Sri Aman, selain daripada Loji Rawatan Air Bayai.
Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak ini masih berada dalam awal fasa pembinaan dan dijangka siap menjelang suku kedua tahun 2028.

Taklimat perkembangan terkini projek tersebut telah disampaikan oleh Encik Ir. Ts. Robert Heng Wei Kiong (Ketua Projek) yang turut dihadiri oleh Encik Ts. Ahmad Selihin Che Said, (Timbalan Pengarah - Operasi), Puan Ir. Ts. Chhoa Chia Yee (Ketua Penolong Pengarah - Pengeluaran), dan Encik Ts. Aaron Gorino (Ketua Penolong Pengarah - Pengagihan).