Event

 

JBALB SARAWAK KOMITED UNTUK MENAMBAHBAIK PERKHIDMATAN BEKALAN AIR DI BAHAGIAN SRI AMAN

20 Dec 2025 - 20 Dec 2025, BME Hotel Sri Aman
JBALB Sri Aman
JBALB SARAWAK KOMITED UNTUK MENAMBAHBAIK PERKHIDMATAN BEKALAN AIR DI BAHAGIAN SRI AMAN

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) Bahagian Sri Aman telah menganjurkan Majlis Apresiasi JBALB Bahagian Sri Aman Tahun 2025 pada hari ini tadi 20 Disember 2025 (Sabtu) bertempat di BME Hotel Sri Aman sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada warga kerja JBALB Bahagian Sri Aman di atas komitmen dan dedikasi  yang telah diberikan sepanjang tahun 2025. 

Majlis yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak dianjurkan bagi menghargai sumbangan besar warga kerja JBALB Sri Aman yang terus komited untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan bekalan air kepada rakyat, khususnya di Bahagian Sri Aman dan kawasan sekitarnya.
 
Turut hadir bersama dalam majlis tersebut ini adalah Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi), Puan Ir. Ts. Chhoa Chia Yee (Ketua Penolong Pengarah - Pengeluaran), Encik Ts. Aaron Gorino (Ketua Penolong Pengarah - Pengagihan), Encik Amirul Abidurrahman Jauzi bin Suhaili (Jurutera Air JBALB Bahagian Sri Aman).