Event

 

INFRASTRUKTUR LOJI RAWATAN AIR MERAPOK TERUS DIPERTINGKAT

18 Dec 2025 - 18 Dec 2025, Loji Rawatan Air Merapok
JBALB Limbang
INFRASTRUKTUR LOJI RAWATAN AIR MERAPOK TERUS DIPERTINGKAT

Seusai lawatan kerja ke projek bekalan air Punang, Datu Pengarah JBALB telah dibawa untuk melawat ke Loji Rawatan Air Merapok, Bahagian Limbang bagi meninjau perkembangan terkini pengoperasian sistem perawatan bekalan air di loji berkenaan.

Semenjak Tuan Pengarah menerajui JBALB Sarawak dalam tempoh 2 tahun ini, lawatan serta pemantauan ini sering beliau lakukan di setiap bahagian bagi meninjau sendiri keadaan loji serta pengoperasian sistem bekalan air.