Event

 

PROJEK BEKALAN AIR DI PUNANG BAKAL TAMBAHBAIK SISTEM BEKALAN AIR DI KAWASAN SEKITAR

18 Dec 2025 - 18 Dec 2025, Punang
JBALB Limbang
PROJEK BEKALAN AIR DI PUNANG BAKAL TAMBAHBAIK SISTEM BEKALAN AIR DI KAWASAN SEKITAR

Seusai Majlis Perjumpaan Pengarah JBALB Sarawak pada pagi tadi, YBhg. Datu Pengarah JBALB meneruskan lawatan kerja ke Projek Bekalan Air Punang, Bahagian Limbang.

Beliau telah diberikan taklimat keseluruhan berkenaan projek tersebut daripada wakil konsultan. Apabila projek ini siap sepenuhnya nanti, ia akan menambahbaik serta memberi manfaat besar kepada para penduduk di Punang dan kawasan sekitarnya.

Turut hadir bersama dalam lawatan kerja ini adalah Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi), Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal), Encik Ir. Lau Chong Choon (Ketua Penolong Pengarah - Pelaksanaan dan Pemantauan), Puan Ir. Ts. Chhoa Chia Yee (Ketua Penolong Pengarah - Pengeluaran), Puan ChM. Mildred Eklip (Ketua Penolong Pengarah - Kualiti Air), Puan Sr. Ee Poh Ling (Ketua Penolong Pengarah - Ukur Bahan), dan Encik Ts. Ahmad Hafidzur Rahman bin Ahmad Nidhom (Jurutera Air JBALB Bahagian Limbang).