Event

 

DEDIKASI TINGGI DAN SEMANGAT BERPASUKAN JBALB BAHAGIAN LIMBANG DIHARGAI

18 Dec 2025 - 18 Dec 2025, Hotel Seri Malaysia Lawas
JBALB Limbang
DEDIKASI TINGGI DAN SEMANGAT BERPASUKAN JBALB BAHAGIAN LIMBANG DIHARGAI

Pihak JBALB Bahagian Limbang telah mengadakan Majlis Perjumpaan bersama Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak pada pagi tadi, 18 Disember 2025 (Khamis) bertempat di Hotel Seri Malaysia, Lawas.

Dalam ucapannya, Datu Pengarah amat berterima kasih di atas sumbangan besar, kerja keras serta khidmat bakti dari warga kerja JBALB Bahagian Limbang dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Datu Pengarah juga turut mengingatkan agar perkhidmatan ini perlu sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Dalam majlis ini juga, pihak JBALB Bahagian Kuching yang diketuai oleh Encik Ts. Ahmad Hafidzur Rahman bin Ahmad Nidhom turut memberi cenderamata kepada Datu Pengarah di atas kepimpinan cemerlang beliau dalam mengemudi JBALB Sarawak dalam tempoh 2 tahun ini.

Turut hadir bersama Datu Pengarah adalah Puan Ir. Ts. Kueh Li Li (Timbalan Pengarah - Khidmat Teknikal), Encik Ir. Lau Chong Choon (Ketua Penolong Pengarah - Pelaksanaan dan Pemantauan), Puan Ir. Ts. Chhoa Chia Yee (Ketua Penolong Pengarah - Pengeluaran), dan Puan Sr. Ee Poh Ling (Ketua Penolong Pengarah - Ukur Bahan).