Event

 

PROJEK BEKALAN AIR DI TINJAR BAKAL TAMBAHBAIK SISTEM BEKALAN AIR DI KAWASAN SEKITAR

17 Dec 2025 - 17 Dec 2025, Tinjar
JBALB HQ
PROJEK BEKALAN AIR DI TINJAR BAKAL TAMBAHBAIK SISTEM BEKALAN AIR DI KAWASAN SEKITAR

Pada 17 Disember 2025 (Rabu), Yang Berusaha Encik Ts. Ahmad Selihin bin Che Said (Timbalan Pengarah - Operasi) yang mewakili YBhg. Datu Pengarah JBALB Sarawak telah melakukan lawatan kerja ke Projek Bekalan Air Tinjar di Bahagian Miri.

Beliau telah diberikan taklimat menyeluruh berkenaan projek berkenaan daripada wakil konsultan. Apabila projek ini siap sepenuhnya nanti, ia akan menambahbaik serta memberi manfaat besar kepada para penduduk di Tinjar dan kawasan sekitarnya

Turut bersama dalam lawatan kerja ini adalah Puan Ts. Dianne Andrew Jo (Ketua Penolong Pengarah - Perancangan Korporat), Encik Ir. Lau Chong Choon (Ketua Penolong Pengarah - Pelaksanaan dan Pemantauan), Puan ChM. Mildred Eklip (Ketua Penolong Pengarah - Kualiti Air), Puan Ir. Ts. Farhanah binti Julaihi (Pegawai Projek), Puan Zara Elena Sharon binti Lah (Penolong Jurutera Air Bahagian Miri) serta kakitangan atendan di Tinjar.