MBJ PLATFORM TERBAIK PERTINGKAT KEBAJIKAN WARGA KERJA JBALB SARAWAK
11 Dec 2025 - 11 Dec 2025,
JBALB HQ
JBALB MBJ
MBJ PLATFORM TERBAIK PERTINGKAT KEBAJIKAN WARGA KERJA JBALB SARAWAK
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 3/2025 JBALB Sarawak yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datu Pengarah JBALB Sarawak hari ini sekali lagi menjadi platform terbaik dalam mempertingkat kebajikan, kesejahteraan dan suara warga kerja JBALB di seluruh negeri.
Dalam mesyuarat ini, pelbagai perkara berhubung persekitaran kerja, pembangunan modal insan, keselamatan & kesihatan pekerjaan, serta cadangan penambahbaikan perkhidmatan telah dibincangkan secara konstruktif antara pihak pengurusan dan wakil pekerja.
Datu Pengarah turut menegaskan komitmen JBALB untuk terus mendengar serta mengambil tindakan terhadap isu-isu yang dibangkitkan, selaras dengan aspirasi Sarawak Civil Service ke arah organisasi yang lebih responsif, berintegriti dan berfokus kepada kesejahteraan warga.
Platform MBJ ini membuktikan bahawa kerjasama erat antara pengurusan dan warga kerja adalah kunci kepada peningkatan mutu perkhidmatan bekalan air luar bandar, seiring dengan transformasi JBALB yang semakin matang memasuki usia satu dekad.