PREMIER SARAWAK SAMPAIKAN UCAPTAMA SEMPENA WDCE 2025 DI BANGKOK THAILAND
09 Dec 2025 - 09 Dec 2025,
Bangkok, Thailand
Malaysia Water Association
PREMIER SARAWAK SAMPAIKAN UCAPTAMA SEMPENA WDCE 2025 DI BANGKOK THAILAND
Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, hari ini menyampaikan ucaptama pada Water and Development Congress & Exhibition (WDCE) 2025 yang berlangsung di Bangkok, Thailand.
Kehadiran Premier Sarawak ke kongres bertaraf antarabangsa ini menyerlahkan komitmen negeri dalam memperkukuh agenda air, sanitasi dan pembangunan lestari, seiring aspirasi PCDS 2030 serta usaha memperkasa pengurusan sumber air untuk generasi masa depan.
Turut hadir mengiringi beliau ialah YB Dato Sri Haji Julaihi Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Yang Berbahagia Datu Jafri Lias, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan, Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak.
Delegasi Sarawak turut mengambil bahagian dalam sesi teknikal, pameran serta perbincangan strategik bersama rakan antarabangsa bagi meneroka inovasi baharu dalam sektor air dan sanitasi.