Event

 

JELAJAH HBP DI KAPIT MERIAH, JBALB PERTINGKAT PERKHIDMATAN BEKALAN AIR

19 Nov 2025 - 19 Nov 2025, Dewan Suarah Kapit
JBALB HQ
JELAJAH HBP DI KAPIT MERIAH, JBALB PERTINGKAT PERKHIDMATAN BEKALAN AIR

Siri jelajah Program Hari Bersama Pelanggan (HBP) JBALB Sarawak anjuran Cawangan Komunikasi Korporat Ibu Pejabat JBALB Sarawak telah diadakan pada hari ini, 19 November 2025 (Rabu) bertempat di Dewan Suarah Kapit. Program ini merupakan jelajah HBP ke-10 pihak jabatan turun padang untuk bersemuka bersama pemimpin dan masyarakat setempat.

Turut hadir bersama dalam memeriahkan program hari ini tadi adalah Encik Anyie Awing selaku wakil Pegawai Daerah Kapit.

Taklimat ringkas berkenaan JBALB Sarawak telah disampaikan oleh Encik Awang Fardillah Awang Hussin (Ketua Penolong Pengarah - Komunikasi Korporat). Seterusnya, taklimat berkenaan perkembangan terkini pengoperasian dan pembangunan JBALB Bahagian Kapit telah disampaikan oleh Encik Andres Inchatekoster Anyap selaku Jurutera Air Bahagian. 

Program turun padang ini melibatkan ketua kampung/ketua masyarakat di Bahagian Kapit yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan JBALB dengan masyarakat setempat melalui sesi perkhidmatan pelanggan, pameran serta perkongsian maklumat oleh rakan strategik.

Di samping program HBP pada pagi tadi, sesi Pertandingan Mewarna juga diadakan terbuka kepada para pelajar sekolah rendah untuk menyertai pertandingan tersebut.

Setinggi penghargaan kepada penceramah dan juga agensi-agensi yang terlibat dalam pameran perkhidmatan daripada pihak JBALB Bahagian Kapit, Service Sarawak SCSDU, Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), Bank Simpanan Nasional (ejen BSN), Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), Jabatan Akauntan Negara, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Majlis Amanah Rakyat, Jabatan Perbendaharaan, dan Pejabat Kesihatan Bersatu, Agro Bank, dan Bank Rakyat.