PEMERKSAAN SEMANGAT BERPASUKAN, JBALB MIRI ANJUR PROGRAM BINA SEMANGAT
14 Nov 2025 - 16 Nov 2025,
Eastwood Valley Miri
RUWAS Miri
PEMERKSAAN SEMANGAT BERPASUKAN, JBALB MIRI ANJUR PROGRAM BINA SEMANGAT
JBALB Bahagian Miri telah menganjurkan Program Teambuilding 'JBALB POWER-UP DAY 2025' untuk warga kerjanya pada 14hb - 16hb November 2025 bertempat di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri.
Program teambuilding ini dianjurkan bagi memperkukuh kerjasama, menyemarakkan semangat sepasukan dan mempertingkat budaya kerja berprestasi tinggi selaras dengan 6 Nilai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak iaitu Integriti, Profesionalisme, Berorientasikan Hasil, Baik Hati dan Prihatin, Semangat Berpasukan, dan Sikap Kesegeraan dan Semangat Sepunya
Melalui aktiviti yang dirancang, warga JBALB Miri berpeluang mengukuhkan komunikasi, memantapkan koordinasi tugas serta menyemai nilai saling hormat-menghormati demi memberikan perkhidmatan bekalan air yang lebih cekap dan berkesan kepada rakyat khususnya di Bahagian Miri.
Turut hadir menyertai program ini ialah Encik Awang Fardillah bin Awang Hussin (Ketua Penolong Pengarah Komunikasi Korporat) dan Ts. Lau Jing Teck (Jurutera Air JBALB Bahagian Miri)