BAHAYA AKTIVITI VANDALISME, PROGRAM KESEDARAN DIPERGIAT DI SEKOLAH MENENGAH
13 Nov 2025 - 13 Nov 2025,
Dewan Bunga Raya Limbang
Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak
BAHAYA AKTIVITI VANDALISME, PROGRAM KESEDARAN DIPERGIAT DI SEKOLAH MENENGAH
Hari ini tadi telah diadakan Program Pencegahan Vandalisme Bagi Sekolah Terpilih di Sarawak iaitu bagi pelajar SMK Limbang, SMK Mendamit dan SMK Kubong, Bahagian Limbang bertempat di Dewan Bunga Raya, Limbang.
Program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak bersama rakan agensi, JBALB Sarawak, Sarawak Water Sdn Bhd, Sarawak Energy Berhad dan SDEC ini bertujuan memberi pendedahan serta kesedaran kepada para pelajar berkenaan bahayanya melakukan aktiviti vandalism.
Selain ceramah dan taklimat, program ini juga diisi dengan aktiviti kuiz serta aktiviti dalam kumpulan.
Program ini merupakan siri program jelajah di seluruh Sarawak oleh pihak kementerian dalam memberi kesedaran kepada para pelajar dan orang awam mengenai impak negatif kepada masyarakat apabila aset-aset utiliti dan telekomunikasi dirosakkan oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.