DEKATI PEMIMPIN DAN MASYARAKAT DAERAH BETONG, JBALB TURUN KE LAPANGAN
13 Nov 2025 - 13 Nov 2025,
Dewan Panglima Rentap Betong
JBALB HQ
DEKATI PEMIMPIN DAN MASYARAKAT DAERAH BETONG, JBALB TURUN KE LAPANGAN
Siri jelajah Program Hari Bersama Pelanggan (HBP) JBALB Sarawak anjuran Cawangan Komunikasi Korporat Ibu Pejabat JBALB Sarawak telah diadakan pada pada pagi tadi 13 November 2025 (Khamis) bertempat di Dewan Panglima Rentap Betong.
Program HBP ini anjuran Cawangan Komunikasi Korporat merupakan jelajah HBP ke-9 pihak jabatan turun padang untuk bersemuka bersama pemimpin dan masyarakat setempat.
Turut hadir bersama dalam memeriahkan program hari ini tadi adalah Puan Izatul Haniza binti Kasturi, yang mewakili Pegawai Daerah Betong.
Encik Ir. Ts. Tay Chiaw Teck (Jurutera Air Bahagian Betong) juga turut hadir bersama dalam program tersebut.
Taklimat ringkas berkenaan JBALB Sarawak telah disampaikan oleh Encik Ir. Ts. Anwarul Adzizi Adeni (Ketua Penolong Pengarah - Transformasi Digital). Seterusnya, taklimat berkenaan perkembangan terkini pengoperasian dan pembangunan JBALB Bahagian Betong telah disampaikan oleh Encik Mohd Azri Farid bin Alley selaku Penolong Jurutera Air Bahagian.
Program turun padang ini melibatkan ketua kampung/ketua masyarakat di Bahagian Betong yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan JBALB dengan masyarakat setempat melalui sesi perkhidmatan pelanggan, pameran serta perkongsian maklumat oleh rakan strategik.
Setinggi penghargaan kepada penceramah dan juga agensi-agensi yang terlibat dalam pameran perkhidmatan daripada pihak Service Sarawak SCSDU, Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), dan Bank Simpanan Nasional (ejen BSN).