Event

 

PEMANTAUAN MENGEJUT, LOJI RAWATAN AIR SELANGAU DISELENGGARA DENGAN BAIK

02 Nov 2025 - 02 Nov 2025, Loji Rawatan Air Selangau, Sibu
JBALB HQ
PEMANTAUAN MENGEJUT, LOJI RAWATAN AIR SELANGAU DISELENGGARA DENGAN BAIK

Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak telah melakukan lawatan mengejut ke Loji Rawatan Air Selangau, Bahagian Sibu pada 2hb November 2025 (Ahad).

Beliau yang berada di Sibu untuk menghadiri program rasmi bersama YB Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, berkesempatan singgah di loji berkenaan bagi meninjau keadaan pengoperasian serta penyelenggaraan oleh kakitangan JBALB di sana.

Loji rawatan air tersebut secara keseluruhannya beroperasi dan diselenggara dengan baik. Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan sejajar dengan nasihat oleh Datu Pengarah.

Ts. Herda Haziqah, Jurutera Air JBALB Bahagian Sibu yang dimaklumkan berkenaan lawatan mengejut tersebut turut dapat hadir bersama.
Semenjak Tuan Pengarah menerajui JBALB Sarawak, lawatan serta pemantauan mengejut ini sering beliau lakukan di setiap bahagian