KESIHATAN MENTAL TERAS PRODUKTIVITI JBALB SARAWAK
27 Oct 2025 - 27 Oct 2025,
Raia Hotel & Convention Centre Kuching
JBALB HQ
KESIHATAN MENTAL TERAS PRODUKTIVITI JBALB SARAWAK
Program Hari Psikologi dan Kaunseling JBALB Sarawak yang bertemakan 'Ketek Ajak: Sejahtera di Era Digital' telah diadakan pada 27 Oktober 2025 (Isnin) bertempat di Hotel Raia, Kuching.
Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak telah hadir untuk menyempurnkan majlis pembukaan program tersebut. Turut hadir bersama adalah barisan Timbalan-Timbalan Pengarah JBALB Sarawak.
Program yang dianjurkan oleh Cawangan Sokongan Pekerja ini amat signifikan kepada warga kerja JBALB Sarawak terutama untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan mental, memberi pengetahuan tentang pengurusan emosi dan memperkasakan teknik pengurusan tekanan dan kesejahteraan secara holistik.
Pelbagai topik serta diskusi perbincangan diadakan yang menampilkan penceramah jemputan dari organisasi luar.