KOMUNIKASI DUA HALA BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT, JBALB KOMITED PERKASA PERKHIDMATAN BEKALAN AIR DI SRI AMAN
29 Oct 2025 - 29 Oct 2025,
Hotel Seri Simanggang, Sri Aman
JBALB HQ
KOMUNIKASI DUA HALA BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT, JBALB KOMITED PERKASA PERKHIDMATAN BEKALAN AIR DI SRI AMAN
Siri jelajah Program Hari Bersama Pelanggan (HBP) JBALB Sarawak anjuran Cawangan Komunikasi Korporat Ibu Pejabat JBALB Sarawak telah diadakan pada hari ini, 29 Oktober 2025 (Rabu) bertempat di Hotel Seri Simanggang, Sri Aman. Ini merupakan jelajah HBP ke-7 pihak jabatan turun padang untuk bersemuka bersama pemimpin dan masyarakat setempat.
Turut hadir bersama dalam memeriahkan program hari ini tadi adalah Puan Hasmah Binti Kushairi yang mewakili Pegawai Daerah Sri Aman.
Encik Ts. Aaron Gorino (Ketua Penolong Pengarah - Pengagihan) juga turut hadir bersama dalam program tersebut pada hari ini.
Taklimat ringkas berkenaan JBALB Sarawak telah disampaikan oleh Encik Awang Fardillah Awang Hussin (Ketua Penolong Pengarah - Komunikasi Korporat). Seterusnya, taklimat berkenaan perkembangan terkini pengoperasian dan pembangunan JBALB Bahagian Sri Aman telah disampaikan oleh Encik Amirul Abidurrahman Jauzi bin Suhaili selaku Jurutera Air Bahagian.
Program turun padang ini melibatkan ketua kampung/ketua masyarakat di Bahagian Sri Aman yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan JBALB dengan masyarakat setempat melalui sesi perkhidmatan pelanggan, pameran serta perkongsian maklumat oleh rakan strategik.
Setinggi penghargaan kepada penceramah dan juga agensi-agensi yang terlibat dalam pameran perkhidmatan daripada pihak Service Sarawak SCSDU, Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), dan Bank Simpanan Nasional (ejen BSN).