Event

 

PROGRAM LAN BERAMBEH ANAK SARAWAK (LBAS) 2025 HIMPUN RIBUAN ANAK SARAWAK DI KUALA LUMPUR

24 Oct 2025 - 26 Oct 2025, MITEC Kuala Lumpur
Lan Berambeh Anak Sarawak
PROGRAM LAN BERAMBEH ANAK SARAWAK (LBAS) 2025 HIMPUN RIBUAN ANAK SARAWAK DI KUALA LUMPUR

Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak hari ini turut menyertai ribuan anak Sarawak berhimpun serta memeriahkan program tahunan terbesar anak Sarawak di Kuala Lumpur iaitu Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 yang berlangsung di MITEC hari ini.

JBALB Sarawak melalui Cawangan Komunikasi Korporat bersama pihak Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan Sarawak Water Sdn Bhd turut membuka reruai pameran bagi mempromosikan peranan dan tanggungjawab kementerian kepada pengunjung yang hadir.

Yang Berbahagia Datu Jafri Lias, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan Yang Berusaha Puan Malseni binti Jamal, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Water Sdn.Bhd turut berada hadir menyokong program ini.

Majlis Pembukaan LBAS 2025 ini tadi telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dan seterusnya sesi Townhall bersama YAB Premier Sarawak turut diadakan. Kemuncak program ini nanti adalah Majlis Makan Malam LBAS 2025 yang bakal dihadiri oleh TYT Yang Di-pertua Negeri Sarawak serta pembesar-pembesar negeri yang lain.