Event

 

PENGIKTIRAFAN SEBAGAI JABATAN TEKNIK, JBALB SARAWAK BERTEKAD MEMPERKASA PERKHIDMATAN BEKALAN AIR

23 Oct 2025 - 23 Oct 2025, Citadines Uplands Hotel Kuching
JBALB HQ
PENGIKTIRAFAN SEBAGAI JABATAN TEKNIK, JBALB SARAWAK BERTEKAD MEMPERKASA PERKHIDMATAN BEKALAN AIR

JBALB Sarawak menempa satu lagi sejarah apabila telah mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Jabatan Teknik oleh Kerajaan Persekutuan pada bulan Ogos ini tadi. Itu lah perkara yang dimaklumkan oleh Yang Berbahagia Datu Ir. Ts. Awg Mohammad Fadillah bin Awg Redzuan, Pengarah JBALB Sarawak ketika Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JBALB Sarawak Bil.3/2025 di Hotel Citadines, Kuching.

Sebagai sebuah Jabatan Teknik, Datu Pengarah menekankan betapa pentingnya JBALB Sarawak untuk mempertingkatkan dan memperkasakan perkhidmatan bekalan air kepada masyarakat Sarawak.

Selain itu, agenda mesyuarat tersebut juga membincangkan status pelaporan perkembangan terkini dari cawangan-cawangan Ibu Pejabat dan Pejabat JBALB Bahagian.
Kesemua Timbalan-Timbalan Pengarah telah hadir bersama ketua-ketua penolong pengarah dan Jurutera-Jurutera Air Bahagian.